Popular Posts

Thursday 2 June 2011

kau masih disini



Walaupun telah sekian lama dia telah meninggalkan diriku...namun aku masih lagi merasakan kehadirannya..namun apalah kudrat ku ntok kembalikan semula bahagia yang telah lama menjauh pergi..benar dia adalah insan yg sempurna namun ia bukan milikkku..masa yang aku harapkan ntok melenyapkan segala kenangan bersamanya tidak mampu membawa ia pergi. 

Teringat sejenak ketika pertama kali bertemu dengannya, dia bukanlah insan yang aku inginkan...namun,segalanya berlaku begitu pantas..mengenali dirinya adalah sesuatu yang amat membahagiakan.. dia seorang yang "Low Profile", rasa selesa bila berdampingan dengannya. Apa sahaja perkara yang dia gemari adalah menjadi perkara yang turut aku gemari. Dia banyak mengajarku erti bahagia,perkongsian dan kerinduan.

kini segalanya sudah menjadi sejarah. kami mmg ditakdirkn ntok tidak bersama. Dia pergi tanpa sebarang ungkapan perkataan, walaupun hanya "Selamat Tinggal"..Aku tetap pasrah dan terus mengorak langkah perjalanan hidup demi mencapai impian yang selama ini aku pendam..doaku semoga dia lebih bahagia disamping insan yang dapat membahagiakan dirinya. Barulah kini aku mengakui bahwa bila kita menyanyangi seseorang, satu sahaja matlamat yang ingin kita capai, iaitu untuk melihat insan yang kita sayang itu bahagia, walaupun bukan kita yang dia pilih ntok membahagiakan dia.


Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya


No comments:

Post a Comment