Popular Posts

Saturday 25 June 2011

Kenapa 25????

Hehe..pasti menjadi persoalan diminda..mengapa angka 25 menjadi pilihanku??? Tp bgiku, angka 25 merupakan sejarah yang paling indah dalam hidupku.. Angka inilah yang telah menemukan dua hati dan mungkin menyatukannya menjadi satu.Angka inilah yang telah banyak mengubah kehidupanku sepanjang mengenali dirinya..Rasa bahagia, gembira, teruja, sering menjadi teman rapat yang menyusuri hari2ku.





Dia sangat indah sekalipun dia tidak mengakui nya, namu jika aku mampu memilikinya, aku lah insan yang paling bertuah didunia.Ia aku mengakui, setiap manusia didunia mahukan kesempurnaan dlm hidup terutamanya dlm mencr  teman isitimewa. Tp adakah mereka benar2 sempurna untuk mengharapkan kesempurnaan sepanjang hidupnya.Bagiku mengenali dirinya sudah cukup membuatkan hari-hariku sempurna ketika bersamanya.
Bukan kecantikan atau kekacakan yang menjd dambaan setiap insan. Cukuplah sekiranya ia sekadar mata memandang  dan membahagiakan. Kecantikan luaran hanyalah aksesori tambahan yang boleh musnah pada bila2 masa. Ttp kecantikan dalaman????itulah yang menentukan tahap kecantikan seseorang…


“awak…biarlah saya berterus terang, awak sngt indah dan sukar ditemui diabad ini, buta lah hati saya sekiranya saya tidak mampu menilai segala kebaikan dan keikhlasan awak terhadap saya. Saya tidak langsung menginginkan wajah yang cantik tetapi sekeping hati yang suci dan ikhlas yang mampu memberikan kasih sayang kepada saya. “ awak bnyk mewarnai kehidupan saya diketika ini, yang saya cari-cari telah saya temui.”

Doaku semoga hubungan ini berkekalan dan diberkati yang Maha Esa. Sungguh mendalam makna  bagiku angka 25 itu. Angka itu akan sentiasa terpahat dikotak fikiranku selamanya.







Acha Septriasa Ft Irwansyah - Ada Cinta

Sunday 19 June 2011

Dikau ilhamkan bahagia….



Perkenalan yang singkat antara diriku dan dirimu..
Membawa 1001 kebahagiaan dalam hidupku yang tidak pernah aku rasai sebelum ini..
Hadirmu bagaikan menyuluh taman hatiku yang selama ini sepi..
Menyerikan hari-hariku bersama paduan semangatku…


Masih mekar dalam ingatanku..
Menyingkap sejenak pertama kali sewaktu mengenali dirimu..
Segalanya seperti yang telah dipermudahkan bagi diriku..untuk mengenali dirimu..
Di dalam membina sebuah  hubungan yang abadi…

Setiap detik yang berlalu bagaikan sebuah sejarah yang terindah dlm hidupku..
Semakin ku rasakan kehadiran dirimu menemani hari-hariku…
Pertuturanmu…
Tingkahlakumu…
Kemesraanmu..
Segalanya indah dan bersatu menjadi rantaian kebahagiaan  diriku…
Adakah engkau turut merasakannya?????


Biar sekalipun pungguk merindukan bulan…
Aku tetap setia menanti kehadiran dirimu…..
Benarlah pepatah cinta itu buta….
Sekalipun aku masih belum menemuimu…
Dibenak sanubariku mengakui….
Dikaulah yang ihamkan bahagia…..


Ku titipkan doa  semoga hubungan ini diberkati  Maha esa..
Semoga masih ada harapan bagiku untuk melangkah ke babak yang seterusnya…
Di dalam meniti hari-hari bahagia bersamamu..











Impian Cinta Rem

Thursday 2 June 2011

kau masih disini



Walaupun telah sekian lama dia telah meninggalkan diriku...namun aku masih lagi merasakan kehadirannya..namun apalah kudrat ku ntok kembalikan semula bahagia yang telah lama menjauh pergi..benar dia adalah insan yg sempurna namun ia bukan milikkku..masa yang aku harapkan ntok melenyapkan segala kenangan bersamanya tidak mampu membawa ia pergi. 

Teringat sejenak ketika pertama kali bertemu dengannya, dia bukanlah insan yang aku inginkan...namun,segalanya berlaku begitu pantas..mengenali dirinya adalah sesuatu yang amat membahagiakan.. dia seorang yang "Low Profile", rasa selesa bila berdampingan dengannya. Apa sahaja perkara yang dia gemari adalah menjadi perkara yang turut aku gemari. Dia banyak mengajarku erti bahagia,perkongsian dan kerinduan.

kini segalanya sudah menjadi sejarah. kami mmg ditakdirkn ntok tidak bersama. Dia pergi tanpa sebarang ungkapan perkataan, walaupun hanya "Selamat Tinggal"..Aku tetap pasrah dan terus mengorak langkah perjalanan hidup demi mencapai impian yang selama ini aku pendam..doaku semoga dia lebih bahagia disamping insan yang dapat membahagiakan dirinya. Barulah kini aku mengakui bahwa bila kita menyanyangi seseorang, satu sahaja matlamat yang ingin kita capai, iaitu untuk melihat insan yang kita sayang itu bahagia, walaupun bukan kita yang dia pilih ntok membahagiakan dia.


Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya

Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya